Isnin, 5 September 2011

Hello dunia blogging!

Hi. Selamat datang ke Tuts Guru. Tuts adalah perkataan yang diambil sempena perkataan tutorial. Manakalah perkataan guru diambil sempena maksud guru itu sendiri iaitu pendidik/tenaga pengajar. Walaupun dalam bahasa sanskrit bermaksud orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas, tetapi disini saya ingin bangkitkan yang ilmu saya tidaklah luas pun. Saya pun masih dalam proses pembelajaran. Penghasilan blog ini adalah hanya untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada pada diri.

Blog ini bakal mengongsikan pelbagai jenis tutorial untuk semua pembaca. Tutorial yang berkaitan blog designing dan digital drawing bakal menjadi content utama blog ini. Diharap info yang bakal blog ini hidangkan akan membantu anda semua dalam kehidupan kelak, tidak kiralah kehidupan alam realiti mahupun alam maya.

Saya juga akan cuba kongsikan template-template blogger yang saya buat dan yang saya bajet cantik tu. Semoga projek bajet power saya ni dapat direalisasikan dengan gemilang dan terbilang. Sekian dulu dari saya, jumpa lagi pada masa akan datang. :)

2 ulasan: