Rabu, 7 September 2011

Asas: Template blogger

Salam. 1Malaysia. Entri kali ini aku tak nak sentuh lagi tentang CSS. Aku nak terangkan terlebih dulu structure template untuk platform blogger bagi memudahkan pemahaman korang. Structure utama bagi setiap laman web adalah seperti berikut:
<html>
<head>

</head>


<body>

</body>
</html>
Memandangkan template yang cuba kita buat adalah template blogger, maka perlulan dimasukkan tag yang diterima oleh blogger(bagi jadi xml type).
<?xml version="1.0" encoding="UTF-8" ?>
<html expr:dir='data:blog.languageDirection' xmlns='http://www.w3.org/1999/xhtml' xmlns:b='http://www.google.com/2005/gml/b' xmlns:data='http://www.google.com/2005/gml/data' xmlns:expr='http://www.google.com/2005/gml/expr'>
<head>
<b:skin><![CDATA[


]]></b:skin>
</head>


<body>

</body>
</html>

Lihat pada text yang berwarna merah. text tersebut menandakan bezanya kod html biasa dengan coding template blogger. Korang faham tak ni? Aku tahu korang tak paham tapi tak apa. Korang baca dulu. Nanti dah masuk bahagian mengedit, mesti korang dah paham. Serius! OK sambung.

Secara Asasnya frame/tulang template blogger adalah seperti berikut:


Jadi, bagi mengadaptasikan(pergh perkataan tak leh blah) gambar diatas kedalam kod html, ia kelihatan seperti ini:
<div id="outer-wrapper">
<div id="header-wrapper">

</div>


<div id="content-wrapper">
<div id="main-wrapper">

</div>

<div id="sidebar-wrapper">

</div>
</div>


<div id="footer-wrapper">

</div>
</div>

OK, jadi rangka template blogger adalah seperti yang diatas. Diulangi kod di atas adalah ko HTML bukan CSS ok? Jadi selepas ini kerja pembelajaran CSS akan menjadi lebih mudah(harap-harap lah).

Nota:

div = general-purpose box

Tiada ulasan:

Catat Ulasan